Hibah Takaful Sebagai Pengganti Pendapatan Keluarga Anda
Hibah merupakan salah satu jenis perlindungan yang terdapat di Etiqa. Perlindungan ini boleh membantu diri anda meneruskan kehidupan sekiranya terkena Hilang Upaya Kekal, dan membantu keluarga anda meneruskan kehidupan sekiranya berlaku kematian. Selain daripada Hibah Takaful, kami juga menawarkan pelan takaful lain seperti Medical Card Takaful
KEPENTINGAN HIBAH TAKAFUL
Kenapa Anda Perlu Ada Hibah Takaful?
DDDD
MELINDUNGI PENDAPATAN
Sekiranya anda ditakdirkan terkena Hilang Upaya Kekal, sudah tentu pekerjaan anda akan terjejas. Secara tidak lansung, pendapatan anda juga akan turut terjejas!
Jadi, apakah yang anda perlu lakukan? Anda perlu ambil Hibah Takaful untuk diri anda. Apabila terkena Hilang Upaya Kekal, anda akan mendapat sejumlah wang pampasan untuk anda ‘survive’ dan meneruskan kehidupan walaupun pendapatan anda sudah tiada.
MENYELESAIKAN HUTANG & PINJAMAN
Sesiapa saja berpotensi untuk memiliki hutang dan pinjaman daripada Bank. Contohnya Loan Rumah, Loan Kereta dll. Pernahkah anda terfikir, apakah yang akan terjadi kepada hutang dan pinjaman tersebut sekiranya anda ditakdirkan terkena Hilang Upaya Kekal atau Meninggal Dunia? Adakah anda masih mampu untuk meneruskan bayaran balik pinjaman setelah pendapatan anda terjejas?
Atau anda ingin melihat keluarga anda terpaksa bekerja keras dan bersusah payah untuk meneruskan bayaran balik pinjaman bagi pihak anda?
Oleh sebab itu, Hibah boleh menjadi pengganti pendapatan anda dan keluarga. Segala hutang dan pinjaman pasti akan dapat diuruskan dan diselesaikan dengan baik dengan adanya Hibah Takaful.
MENGEKALKAN GAYA HIDUP
Anda mampu untuk hidup selesa seperti sekarang kerana pendapatan anda tidak terjejas. Tapi anda perlu ingat bahawa malang tidak berbau. Pendapatan anda boleh hilang dalam sekelip mata. Jadi, apakah persediaan anda?
Segala simpanan anda pasti akan terhakis sedikit demi sedikit kerana ingin menampung perbelanjaan harian keluarga. Soalnya, selama mana ianya mampu bertahan?
Sebab itu anda perlukan Hibah. Hibah boleh membantu mengekalkan gaya hidup anda dan keluarga sekiranya berlaku perkara yg tidak diingini ke atas diri anda.
MELINDUNGI ASET DAN PELABURAN
Mengumpul aset seperti rumah, tanah, simpanan dan pelaburan bukanlah suatu perkara yang mudah. Sudah pasti anda tidak mahu segalanya hilang oleh kerana tiada perancangan dibuat untuk melindungi aset-aset anda.
Hibah takaful adalah instrumen paling tepat untuk melindungi aset-aset anda.
ELAKKAN DARI MEMINTA-MINTA
“Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang meminta-minta” pernahkah anda dengar kenyataan ini?
Cuba anda renungkan sebentar, bolehkah anda menamakan 5 orang yang diyakini boleh menghulurkan bantuan yang berterusan kepada keluarga anda sekiranya anda terlebih dahulu pergi meninggalkan keluarga tersayang?
Jika tiada, maka Hibah takaful adalah jawapannya!
MELINDUNGI KELUARGA
Jika anda ditakdirkan meninggal dunia, sudah tentu keluarga anda akan kehilangan punca pendapatan utama. Kehidupan keluarga anda akan terjejas dan pasti mereka akan hidup susah.
Segala aset yang anda ada juga akan dibekukan dan proses tuntutan serta pembahagian harta pusaka kepada keluarga anda juga akan mengambil masa yang sangat lama. Bukan itu sahaja, ianya akan menelan kos yang sangat tinggi.
Jadi, apakah penyelesaiannya? Anda perlu sediakan hibah Takaful keluarga untuk isteri dan anak-anak anda. Ianya akan membantu mereka ‘survive’ dan meneruskan kehidupan dengan sempurna selepas pemergian anda.